22 Ogos 2016 - 16:02
Hibullah serang militan Nusra di sempadan

Sejumlah pengganas Jabha Nusra maut apabila peluru artileri yang dilancarkan Hibullah gugur di tempat mereka berhimpun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pejuang Hizbullah menyerang kedudukan pengganas di sempadan Lubnan dan Syria sehingga menyebabkan kematian besar-besaran di pihak lawan, menurut media al-Manar.

Berasaskan laporan ini, peluru altileri Hibullah gugur di atas kerumunan pengganas Jabha Nusra di al-Qanzah, pinggir Arsal.

Sebelum ini kumpulan pengganas IS dan Fath al-Sham telah berkubu di Arsal sejak Ogos 2014 ketika berjaya menakluki kasawan tersebut.

Hampir setiap hari tentera Lubnan dan Hizbullah menyerang kubu kuat mereka untuk menjaga keamanan di sempadan.